Pahang Now

Terkini

Semasa

Rakyat Pahang Rugi RM62.4 Juta Akibat Scam dan Penipuan

Gambar : Harian Metro Kes penipuan yang melibatkan wang, atau dikenali sebagai jenayah komersial, menyebabkan kerugian sebanyak RM62.4 juta di Pahang dari Januari hingga Oktober tahun ini. Jumlah itu lebih rendah berbanding RM83.1 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, ketika perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan hari ini. Sepanjang tempoh itu, polis membuka 2,754 kertas siasatan dan menahan 2,098 individu. Sebanyak 1,104 kes pula sudah sampai ke peringkat pertuduhan, meningkat 16.58 peratus berbanding 947 kes tahun lalu. Selain itu, lebih RM458,000 wang mangsa berjaya disekat melalui Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebelum sempat dipindahkan oleh penipu. Daripada jumlah itu, RM369,561 telah dipulangkan semula kepada mangsa. Source: Sinar Harian

Jerantut

Kes Dakwaan Seksual di Sekolah Jerantut, Guru Dibebaskan dengan Jaminan Polis

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob. - NSTP/ Gambar fail Polis sedang menunggu laporan prestasi seorang guru sekolah rendah di Jerantut bagi melengkapkan siasatan kes dakwaan serangan seksual terhadap seorang murid lelaki berusia tujuh tahun. Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dijangka menyerahkan laporan prestasi guru lelaki berusia 24 tahun itu dalam tempoh seminggu. Selepas itu, kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, dijangka pada minggu depan. Guru tersebut ditahan pada 30 Oktober lalu selepas bapa mangsa membuat laporan polis, dan dibebaskan dengan jaminan polis pada 4 November. Menurut Azry, guru itu kini dipindahkan sementara ke PPD sehingga siasatan selesai. Polis setakat ini hanya menerima satu laporan berhubung kejadian itu dan tiada petunjuk terdapat mangsa lain. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntu...

Pekan

Kes Kematian Lelaki 25 Tahun Dalam Lokap IPD Pekan Dibawa ke Mahkamah Koroner

© Harian Metro Prosiding inkues berhubung kematian Norazman Me, 25, di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan pada Mei 2024 bermula di Mahkamah Koroner Kuantan pada Isnin (16 November). Peguam pemerhati bagi pihak keluarga, Datuk Bob Arumugam, memberitahu mahkamah bahawa rakaman CCTV menunjukkan tempoh 24 minit antara kejadian pada jam 1.46 pagi, 4 Mei 2024, dengan waktu anggota bertugas menyedarinya pada jam 2.10 pagi. Menurut beliau, sepanjang tempoh itu tiada sesiapa dilihat memantau rakaman berkenaan, dan beliau mempersoalkan sama ada Norazman mungkin dapat diselamatkan jika kejadian disedari lebih awal. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, yang merupakan saksi pertama, menjelaskan kronologi kejadian berdasarkan 20 tangkap layar rakaman CCTV. Beliau turut memaklumkan bahawa selepas kejadian itu, pemeriksaan lokap kini dibuat setiap 30 minit berbanding setiap sejam sebelum ini, dan tahanan tidak lagi ditempatkan bersendirian di dalam sel. Norazman...

Bera

Wanita Kena Ragut Lepas Beli Makanan di Jalan Pasar Triang

Seorang wanita mengalami lebam pada leher selepas rantai yang dipakainya diragut oleh seorang lelaki bermotosikal di tepi Jalan Pasar, Triang, pada Ahad (15 November). Kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang, sejurus mangsa selesai membeli makanan. Suspek yang menunggang motosikal Yamaha LC135 berwarna gelap melarikan diri sejurus selepas kejadian. Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir, berkata mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Bera. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu supaya tampil ke balai polis berhampiran. Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada di kawasan tumpuan awam dan mengelak memakai barang kemas secara berlebihan. Setakat ini, belum ada maklumat berhubung penahanan suspek. Source: Berita Harian

Cameron Highlands

MP Cameron Highlands Kendalikan Sidang Parlimen Sambil Berbahas, Dibantah Ahli Parlimen Lain

© Facebook Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Nor, berdepan bantahan beberapa Ahli Parlimen selepas beliau turut serta dalam perbahasan sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands, ketika masih mempengerusikan persidangan. Ramli dilaporkan meninggalkan kerusi Speaker untuk berbahas dari tempat duduk Ahli Parlimen, namun tidak melepaskan peranannya sebagai pengerusi sidang. Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee (PN), berkata kerusi Speaker tidak sepatutnya dibiarkan kosong dan perlu ada individu yang dilantik mengisinya buat sementara. Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham (PH), pula berkata kejadian itu boleh menjejaskan martabat Parlimen dan meminta ia dikeluarkan daripada Hansard. Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa (PH), menyifatkannya sebagai satu preseden dan menggesa garis panduan yang lebih jelas. Ramli bagaimanapun menolak bantahan tersebut. Menurut beliau, tiada peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat yang menghalangnya bercakap dari tempat duduk Ahli Parlimen ketika mempenge...

Kuantan

Selepas Kes Banjir Lumpur Sungai Karang, Pahang Perketat Syarat Projek Perumahan

Kredit: MG Kerajaan Negeri Pahang kini mewajibkan semua agensi teknikal berkaitan mengemukakan ulasan teknikal yang terperinci dan tepat sebelum sesuatu projek perumahan PR1MA dimulakan. Langkah ini bertujuan mengelakkan kekurangan infrastruktur, seperti sistem saliran yang tidak mencukupi, yang boleh menyebabkan banjir kilat. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, ketika merasmikan Malaysia Property Expo (MAPEX) 2026 peringkat negeri di ECM Kuantan pada 14 November. Menurut beliau, keperluan asas perlu dikenal pasti dan disediakan oleh pemaju sebelum pembinaan bermula, bukannya ditambah di pertengahan projek seperti tangki air atau pencawang elektrik. Ulasan teknikal ini akan terpakai kepada semua projek, termasuk projek pemaju swasta. Sebelum ini, penduduk perumahan PR1MA di Sungai Karang dilaporkan dilanda banjir lumpur sebanyak tiga kali pada Oktober, No...

Kuantan

Lebih 85,000 Pengguna di Kuantan Berdepan Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Gambar Hiasan : Google Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) memaklumkan gangguan bekalan air akan berlaku di sebahagian besar kawasan Kuantan bermula jam 10 malam ini, 17 November hingga jam 10 malam, 18 November. Kira-kira 85,650 akaun pengguna dijangka terjejas. Gangguan ini berpunca daripada kerja pembaikan kecemasan ke atas paip 600mm yang bocor, serta kerja berkaitan di Rumah Pam Kobat Fasa 1. Kawasan terlibat merangkumi Beserah hingga Cherating, Gebeng, pusat bandar Kuantan, Indera Mahkota, Bukit Goh dan Tanjung Lumpur. Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas kerja selesai. Pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan menyimpan air secukupnya. Senarai penuh kawasan terlibat: Batu Hitam, Balok, Sungai Ular, Cherating, Gebeng, Kawasan Perindustrian Gebeng, MCKIP, Pelabuhan Kuantan, Semambu, Jalan Beserah, Alor Akar, Teluk Sisek, Teluk Cempedak, Tanjung Api, Taman Gelora, Bukit Sekilau, Bukit Ubi, Galing, Setali, Air Putih, Bukit Setongkol, ...

Kuantan Now kini dikenali sebagai Pahang Now: Lebih luas, tetap ringkas

Kuantan Now kini dikenali sebagai Pahang Now . Nama berubah, tapi cara kami sampaikan berita tetap sama: cepat, ringkas dan mudah difahami. Apa yang berubah? Sebelum ini, kami fokus kepada berita di sekitar Kuantan. Mulai hari ini, liputan kami merangkumi seluruh Pahang, iaitu 11 daerah: Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Bera, Jerantut, Lipis, Raub, Bentong dan Cameron Highlands. Apa yang berlaku di Kuala Lipis sama penting dengan apa yang berlaku di bandar Kuantan. Apa yang kami liput? Berita di Pahang Now dibahagikan kepada lima kategori: Semasa : kejadian, kemalangan dan jenayah terkini Bisnes : perniagaan tempatan, ekonomi dan peluang kerja Politik : kerajaan negeri, dasar dan semakan fakta Gaya Hidup : acara, makanan dan tempat menarik Komuniti : isu penduduk, kemudahan awam dan suara masyarakat Apa yang kekal sama? Kami tak memihak. Kami bezakan dengan jelas antara fakta yang disahkan, dakwaan dan suara orang ramai, dan kami beritahu anda yang mana satu. Ka...

Sponsor Iklan Penaja 1 Iklan Penaja 1 Iklan Penaja 1
Sponsor Iklan Penaja 1 Iklan Penaja 1 Iklan Penaja 1