Kuantan Now kini dikenali sebagai Pahang Now: Lebih luas, tetap ringkas
Kuantan Now kini dikenali sebagai Pahang Now.
Nama berubah, tapi cara kami sampaikan berita tetap sama: cepat, ringkas dan mudah difahami.
Apa yang berubah?
Sebelum ini, kami fokus kepada berita di sekitar Kuantan. Mulai hari ini, liputan kami merangkumi seluruh Pahang, iaitu 11 daerah: Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Bera, Jerantut, Lipis, Raub, Bentong dan Cameron Highlands.
Apa yang berlaku di Kuala Lipis sama penting dengan apa yang berlaku di bandar Kuantan.
Apa yang kami liput?
Berita di Pahang Now dibahagikan kepada lima kategori:
- Semasa: kejadian, kemalangan dan jenayah terkini
- Bisnes: perniagaan tempatan, ekonomi dan peluang kerja
- Politik: kerajaan negeri, dasar dan semakan fakta
- Gaya Hidup: acara, makanan dan tempat menarik
- Komuniti: isu penduduk, kemudahan awam dan suara masyarakat
Apa yang kekal sama?
Kami tak memihak.
Kami bezakan dengan jelas antara fakta yang disahkan, dakwaan dan suara orang ramai, dan kami beritahu anda yang mana satu.
Kami percaya berita tempatan tak perlu panjang atau berbelit untuk jadi penting. Setiap artikel kami tulis supaya anda faham intipatinya dalam masa satu minit.
Ada berita di kawasan anda?
Pahang Now dibina untuk penduduk Pahang. Kalau ada isu, kejadian atau cerita di kawasan anda yang perlu diketengahkan, hantarkan kepada kami melalui pautan Hantar Berita.
Ikuti Pahang Now di TikTok, Facebook dan Instagram untuk berita terkini setiap hari. @pahangnow
