Pahang Now

Terkini

Lebih 85,000 Pengguna di Kuantan Berdepan Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Gambar Hiasan : Google

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) memaklumkan gangguan bekalan air akan berlaku di sebahagian besar kawasan Kuantan bermula jam 10 malam ini, 17 November hingga jam 10 malam, 18 November. Kira-kira 85,650 akaun pengguna dijangka terjejas.

Gangguan ini berpunca daripada kerja pembaikan kecemasan ke atas paip 600mm yang bocor, serta kerja berkaitan di Rumah Pam Kobat Fasa 1.

Kawasan terlibat merangkumi Beserah hingga Cherating, Gebeng, pusat bandar Kuantan, Indera Mahkota, Bukit Goh dan Tanjung Lumpur.

Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas kerja selesai. Pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan menyimpan air secukupnya.

Senarai penuh kawasan terlibat:
Batu Hitam, Balok, Sungai Ular, Cherating, Gebeng, Kawasan Perindustrian Gebeng, MCKIP, Pelabuhan Kuantan, Semambu, Jalan Beserah, Alor Akar, Teluk Sisek, Teluk Cempedak, Tanjung Api, Taman Gelora, Bukit Sekilau, Bukit Ubi, Galing, Setali, Air Putih, Bukit Setongkol, Cenderawasih, KotaSAS, Kampung Tiram, Taman Shahzan, KOMTUR, Terminal Kuantan Sentral, Kampung Padang, Bukit Kuin, Batu Sawar, Bukit Bangkong, Bukit Goh, Bukit Kuantan, sebahagian Tanjung Pasir, Tanjung Lumpur, Peramu, Telok Baru, Bandar Putra, Anak Air, Kempadang dan Alor Kangkung.

Source: Sinar Harian

Sponsor Iklan Penaja 1 Iklan Penaja 1 Iklan Penaja 1
Sponsor Iklan Penaja 1 Iklan Penaja 1 Iklan Penaja 1